Type Here to Get Search Results !

Polis 'Kunci' Universiti Malaya Untuk Halang Ceramah DS Anwar Ibrahim


POLIS 'KUNCI' UNIVERSITI MALAYA ESOK UNTUK HALANG CERAMAH ANWAR

KUALA LUMPUR, 27 Okt : Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi ini , lapor portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.

Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yang bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor.

Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang.

Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggar peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yang melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.

Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.

Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies