Selfie bersama kangaroo dan
adik. Kangaroo kena melawat ayah kangaroo jugak tau kalau your father
sakit. *kangaroo mengangguk tanda patuh*
|
Assalamualaikum
Semenjak bekerja di posting medical ni, biasanya aku datang kerja pukul 6.45 pagi. Kalau mood aku baik, pukul 6.30 pagi aku dah terpacak dekat wad. Macam biasa, pagi pagi kerja aku adalah ambik darah. Aku suka datang awal sebab tak nak kelam kabut. Form untuk blood pon aku dah up sehari sebelum. So datang datang je terus take blood and lepas tu aku review patient sementara tunggu boss aku datang.
Kalau tak banyak kerja, dalam pukul 530 petang aku dah lesap dari wad. Tapi jaranglah tak banyak kerja. Selalunya pukul 7-8 malam baru aku balik. So basicly, aku sentiasa ada di wad untuk memantau para pesakit. Dan. Para keluarga pesakit juga hehe
Ha tu dia paklong dari kedah dah mai. Jap laei ciktimah dari jolobu nak datang tengok menantu eh. Walaupun muka aku stone tetapi telinga pasang 24h tau hehe.
Selalu aku perati, patient bed sekian sekian ramai pelawat. Patient bed sekian sekian pulak anak anak rajin bawak bekal, sampai boleh buat buffet lol..tapi ada jugak yang aku kesian, bila ada patient yang takde pelawat langsung. Bila ditanya :
Cik mana anak acik? Tak datang melawat ke?
Anak acik sibuk...susah nak ambik cuti
*muka sedih*
Haih..kesian pulak rasa. Mesti acik tu touching bila tengok bed lain penuh dengan visitors. Tapi nak salahkan anak anak pon tak boleh jugak. Kadang anak2 kerja private ni memang susah cuti. Lagi pulak yang duduk jauh. Different state ke. Empire state of mind ke. Ha. Yang takde transport satu hal lagi.
Nak dijadikan cerita, few days ago, ayah aku admitted di private hospital in seremban. Aku received call pada pukul 7 malam. Pada masa tu aku masih di wad, attending patient.
Adik...ayah stable je, adik tak yah datang tau. Apa apa ayah update. Cuma demam and doctor suruh rehat banyak2.
Kalau nak ikutkan hati, rasa macam berat hati sikit nak balik seremban sebab badan aku letih gila (Allah je yang tau). And pukul 8 malam baru kerja aku settle. Kalau drive pukul 8 mesti sampai seremban pukul 9 mlm. Melawat then kena drive back to KL. Maybe pukul 12 malam baru sampai. Esok pagi masuk kerja pukul 630 pagi. Tambah pula AF dah call the doctor incharge to update me about ayah's condition. Ayah memang stable..
Aku tanyalah AF should i go back today? Or tomorrow? Memanglah kena azan on the spot. You treat someone else's father everyday but when your own father kena admit you tak pergi melawat bla bla. You are a doctor somemore. Ha....Terus berlari start engine balik Seremban :')
Masa on the way back to Seremban, aku teringat pasal patient aku yang anak anak tak melawat tu. Sipi lagi ayah aku nak jadi macam acik tu. Nasib baik aku balik seremban itu malam jugak. Fuhh. Thank you AF ;) Ayah aku pon happy sangat sebab aku balik walaupun dia kata takyah. Sebelum ayah tidur aku sempat selfie. K tak penting.
Moral of the story. Pertama. Jangan berkira dengan ibu bapa. Setiap langkah setiap usaha yang kita buat untuk mereka adalah pahala/keberkatan buat kita. Kedua. Lawatlah pesakit walaupun keadaan mereka stabil. Kerana sesiapa yang melawat saudara seislamnya yang sakit ibarat berada dalam kebun syurga tau. (Sila baca novel #diagnosis topik pertama)
Footnote: Walaupun badan aku letih sebab drive ulang alik dalam hujan, tapi the next day, Allah permudahkan. Kerja aku tak banyak, so dapat balik awal. Pastu colleague belanja nasik lemak. Ini namanya keberkatan tahu?