SIBU: Empat orang kanak-kanak yang berusia di antara 2 hingga 7 tahun dijumpai berlegar-legar tanpa sebarang arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.
Menurut laporan polis, keempat adik beradik itu ditemui bersama wang tunai RM70, dua pasang payung serta beg. Kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.
Hasil pemeriksaan mendapati, keempat-empat kanak-kanak itu telah dihalau dari rumah ibu mereka.
Pihak polis sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes itu kepada Jabatan Kebajikan untuk diselesaikan. - My Media Hub