Type Here to Get Search Results !

Lelaki Ini buktikan Menjadi Kaya Buat Hati Tidak Tenang


Menjadi Kaya Buat Hati Tidak Tenang - Lelaki Terkaya di China

SHANGHAI - Jack Ma, pengasas kepada syarikat gergasi Alibaba, membuat pengakuan di sebuah temuramah di sebuah siaran televisyen di United States bahawa menjadi kaya sebenarnya membuatkan hatinya tidak tenang.


Jack Ma yang memiliki kekayaan bernilai AS$24 bilion (RM80 bilion) berkata, kini dia berasa tidak gembira kerana tekanan yang dihadapinya lebih-lebih lagi apabila harapan yang tinggi diletakkan kepada harga stok Alibaba.

“Saya tidak berasa senang hati, sebaliknya sangat tertekan. Ramai yang berkata, kekayaan boleh membuatkan hati gembira , tetapi tidak kepada lelaki paling kaya di China.

“Saya tertekan kerana semua orang menghampiri saya disebabkan wang. Hari ini ketika saya berjalan kaki di luar, orang ramai memerhatikan saya. Saya mahu menjadi diri sendiri,” katanya dalam wawancara stesen televisyen, CNBC TV.

Menurut Ma, semasa dia berpendapatan kecil pada masa dahulu, kehidupannya lebih menggembirakan.

"Hari-hari yang paling gembira bagi saya adalah semasa saya bekerja dan berpendapatan 90 yuan (RM 50) sebulan,", kata Ma kepada pemberita sebelum ini.

Ma telah disenaraikan sebagai lelaki paling pemurah di China oleh Hurun.net setelah dia mendermakan 1.4% dari saham miliknya untuk menubuhkan satu badan amal yang memfokuskan kepada alam persekitaran, kesihatan dan pendidikan. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies