Type Here to Get Search Results !

Sadis! Budak Darjah Satu Parah Digilis Bas Sekolah

Gambar sumber myMetro online
Budak Darjah Satu Parah Digilis Bas Sekolah

Butterworth, 10 Nov: Seorang kanak-kanak darjah satu parah setelah digilis bas sekolah dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini pada jam 2.10 petang.

Ibu kepada mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, anaknya, Muaz Saedin, 7, kini cedera parah di kedua-dua belah paha akibat dilenyek tayar bas sekolah yang terbabit.

Menurut Hayati lagi, ketika dia pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya, dia merasakan ada yang tidak kena setelah melihat orang ramai yang berada disitu dalam keadaan cemas.

"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya memetik berita dari Harian Metro.

Dalam sekitar jam 9 malam, doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialami agak serius.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies