Umat Islam yang berada di Lingkaran Kutub Artik perlulah mencari cara baru untuk menetapkan waktu berpuasa berikutan waktu siang di kawasan berkenaan akan berlarutan sehingga 24 jam.
Cadangan ini disuarakan oleh sebuah Pertubuhan Masyarakat Islam di Sweden di mana mereka berkata kaedah menentukan waktu berbuka puasa bulan Ramadan nanti sedang dirangka.
Bulan Ramadan bakal menjelma pada 18 Jun nanti di mana hanya tiga hari sahaja waktu di sana adalah hari pendek dan hari-hari lain adalah hari terpanjang tahun ini di mana matahari bersinar selama 24 jam di atas Lingkaran Kutub Utara dan sebaliknya jauh di sebelah selatan.
“Kami mempunyai dua persoalan yang sukar, tidak hanya waktu berbuka di utara tetapi juga waktu mula berpuasa,” ujar Mohammed Kharraki, jurucakap Pertubuhan Masyarakat Islam Sweden.
“Anda sepatutnya mula berpuasa sebelum matahari terbit, pada waktu subuh. Tetapi tidak ada waktu subuh pada musim panas di Stockholm,” tambahnya.
Pada Ramadan lalu umat Islam yang tinggal di Kutub Utara dinasihatkan berbuka puasa pada masa sama dengan orang lain di Selatan.
Beberapa perjumpaan dengan ulamak-ulamak di Sweden dan Eropah telah mencadangkan pendekatan terbaharu perlu dilaksanakan.
“Sekarang ini anda perlu berpuasa seperti kali terakhir matahari terbit dan terbenam,” kata Kharraki.
Garis panduan baru akan diperincikan dan mungkin membabitkan waktu berbuka puasa pada awal petang selaras dengan sebahgia negara dunia.
Pendekantan ini diambil Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah bagi mengelakkan penduduk di sana yang berpuasa panjang pengsan kerana kekurangan makanan dan air.
__________________