Artikel yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider 24 Mac lalu dengan
yang mendakwa Tengku Razaleigh mengakui bahawa lelaki di negeri Kelantan
rata-ratanya bersikap pemalas.
Dan keadaan ini memaksa kaum wanita atau isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga dengan bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupan seharian.
Dan keadaan ini memaksa kaum wanita atau isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga dengan bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupan seharian.
Menurut Tengku Razaleigh yang lebih senang dipanggil Ku Li, perkara itu
dapat dilihat dengan jelas dan ketara di mana wanita Kelantan gigih
berniaga, bercucuk tanam sedangkan suami mereka hanya menghabiskan waktu
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat.
Ku Li yang juga anak jati Kelantan berkata, "kenyataan ini menghina
lelaki Kelantan dan saya sebagai seorang yang terkait tidak suka
dengannya tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki
Kelantan yang begitu sikapnya,”.
Senario itu lebih ketara pada waktu dulu dan Ku Li tidak menafikan yang
sikap malas dalam diri lelaki Kelantan masih wujud di zaman ini walaupun
tidak begitu ketara.
“Malah seorang pemimpin masyarakat memberikan analogi yang cukup ekstrim
dengan menyamakan lelaki Kelantan dengan ‘bapa ayam’ yang hanya suka
berseronok dan urusan menjaga anak; mencari makan dan sebagainya dipikul
oleh ‘Ãbu ayam’ semata-mata.