Type Here to Get Search Results !

( 3 FOTO GAMBAR) Dubai Hadiahkan Emas Kepada Penduduk Yang Berjaya Turunkan Berat Badan

( 3 GAMBAR) Dubai Hadiahkan Emas Kepada Penduduk Yang Berjaya Turunkan Berat Badan

DUBAI - Perbandaran Dubai menyediakan 2.8 juta dirham (RM2.43 juta) emas sebagai hadiah kepada peserta cabaran menurunkan berat badan. Ia merupakan inisiatif negara Teluk itu untuk memerangi obesiti.

K
empen 'Your Weight in Gold' menjanjikan satu gram (g) emas untuk setiap kilogram (kg) yang berjaya diturunkan dengan syarat minimum 2kg berjaya dikurangkan pada akhir bulan Ramadan, 16 Ogos lalu.


Seorang arkitek dari Syiria, Ahmad al-Sheikh, 27, merangkul hadiah utama sebanyak 63g emas bersamaan 10,048 dirham (RM8, 697) selepas berjaya mengurangkan 26kg berat badannya.


Sheikh yang seberat 146.7kg ketika menyertai pertandingan itu merupakan seorang daripada 2,648 pemenang yang turut menerima 16.82kg emas Khamis lalu.


"Saya sebenarnya mendaftarkan diri selepas 15 hari kempen itu berlangsung dan khuatir gagal kerana bermula agak lewat berbanding peserta lain," katanya kepada akhbar Gulf News.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima 23 dan 22kg emas.

Ketika Ramadan, kebanyakan Muslim menahan diri daripada makan, minum dan merokok antara waktu subuh sehingga matahari terbenam. Bagaimanapun selepas waktu malam, kebanyakan rakyat negara itu mengambil makanan secara berlebihan walaupun ia membahayakan kesihatan.


Kebanyakan negara-negara Teluk berhadapan berusaha mengekang masalah obesiti dalam kalangan rakyatnya.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad


Hollywood Movies